Thursday, January 29, 2009

Abih Pikior Hobby Centre

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Alhamdullillah akhirnya cita-cita kami - HaG dan Daniel tercapai dengan pendaftaran Syarikat dan perniagaan kami "Abih Pikior Hobby Centre" di Kuala Kangsar, Perak dengan tujuan merancakkan arena hobby remote control kereta berbagai saiz dan konsep.

Terima Kasih atas sokongan rakan-rakan perniagaan rc yang lain, pendatang baru dan lama, yang memberi galakan dan sokongan bagi memajukan perniagaan kami. InsyaAllah.

Masih dengan bermatlamatkan hobby, fun dan pada tahap yang mampu kami ingin turut serta menyokong hobbyist terutama di Perak dan sekutu dengannya gar mudah mendapat sparepart, kits dan accessories bagi keseronokan hobby pada skala masing-masing.

Kunjungi kami, teruskan berhobby, "Abih Pikior" dalam bahasa Perak atau ( Habis Fikir) dah kami..emm.. Majulah sukan untuk Negara. :D